Tips Google Adsense:Apakah Maksud “Impressions”?

Impression adalah bilangan laman web kita yang mempunyai adsense dilihat.Kita boleh menambah bilangan impression bila kita menambah trafik.ke laman web kita.Beberapa cara menambah trafik ke laman web ialah:

1.hasilkan lebih banyak muka surat pada laman web dengan kandungan yang berfokus dan relevan.

2.hasilkan lebih banyak pautan (link) kepada laman web kita.

3.masukkan laman web kita di bawah kategori tertentu pada lebih banyak direktori.

4.Kita juga boleh letakkan direktori yang berkaitan dan menerima pautan reciprocal

5.tuliskan artikel dengan maklumat laman web kita pada “resource box” pada bahagian akhir setiap artikel.Hantar kepada direktori .

Tips Bisnes Internet:Bagaimana Memilih Program Affiliate?

1.Bolehkan kita buat duit dengan produk tersebut?

Jangan kita hanya terpedaya dengan nilai komisyen yang tinggi.Kita perlu mendapat jawapan yang positif tentang dua soalan ini.
 Adakah produk tersebut akan dibeli oleh pelawat.Sejauhmana ia boleh bersaing?
 Adakah komisyen tersebut menyebabkan kita dapat bertahan?

2.Sejauhmana berkesannya mukasurat jualan(sales page)?

Kita perlu melihat sales page produk untuk memastikan muka surat tersebut melakukan tugasnya untuk menjual produk.Hati-hati dengan pelbagai cara yang mungkin menghilangkan komisyen kita.

3.Semak affiliate support

Sebenarnya pihak yang membuat affiliate bukan cuma menyediakan pautan(link) untuk affiliate sahaja.Kita perlu menyemak beberapa alatan promosi,contohnya contoh ads,artikel,emel,review dan tandatangan.

Secara idealnya pihak affiliate mestilah menyalurkan maklumat atau berita baru tentang produk Kita tentunya ingin mengetahui sebarang perubahan pada affiliate kita

4.Berapa banyakkah affiliate yang kita mahu promosikan?

Jika kita merancang untuk meletakkan beberapa produk affiliate pada satu muka surat,pastikan ianya berkaitan pada satu topik.Jika kita menyertai pelbagai affiliate beberapa perkara perlu diawasi:

 Cara pendaftaran yang berbeza
 Cara membuat pautan (link) juga berbeza
 Cara pembayaran yang berbeza
 Komunikasi dengan setiap affiliate.

Adalah baik jika kita menyertai syarikat yang mempunyai banyak affiliate di bawah satu bumbung atau satu pentadbiran. Ini termasuklah komisyen dalam satu bayaran dan mempunyai pautan affiliate yang seragam dengan sekali sign up (daftar) sahaja.

Salah satu yang popular ialah ClickBank ,ia mengendalikan produk digital seperti buku dan perisian.

Apakah ClickBank?

ClickBank adalah program affiliate yang dihubungkan dengan beribu affiliate, mempunyai vendor yang menjual produk digital. Contoh produk digital termasuklah ebook,video tutorial,program perisian dan produk-produk lain yang berbentuk digital.

Kita boleh mendaftar dengan ClickBank,dapatkan akaun affiliate percuma.Lihat apa jenis produk yang kita ingin promosikan.Bila kita membuat jualan ,akaun kita akan secara automatik dikreditkan untuk komisyen.ClickBank akan isukan cek kepada vendor dan affiliate mereka setiap 2 minggu.

Produk digital mudah dijual di internet kerana pelanggan akan menerima produk serta merta dan seterusnya dapat menggunakan produk tersebut. ClickBank merupakan program affiliate yang menguntungkan kerana banyak vendor menawarkan komisyen yang besar,selalunya sebanyak 75%

Banyak jenis program affiliate yang menawarkan peratus ,iaitu antara 5% hingga 25% daripada harga sesuatu produk.Produk digital mudah untuk dibangunkan ,inilah sebabnya kenapa vendor –vendor boleh menawarkan komisyen yang tinggi.

Marketplace Click Bank adalah tempat di mana anda boleh mencari produk digital yang sesuai untuk dipromosikan melalui ClickBank. Kita boleh dengan mudah browse kategori produk ClickBank atau mencarinya melalui kata kunci

19 Laman Web Traffic Exchanges Yang Anda Cari?

1.Traffic Swarm
http://www.trafficswarm.com

2.Webmaster Quest
http://webmasterquest.com

3.Hit Pulse
http://www.hitpulse.com

4.Traffic Syndicate 25
http://www.ts25.com

5.Cash Clicking
http://www.cashclicking.com

6.Traffic G
http://trafficg.com

7.Traffic RoundUp
http://www.trafficroundup.com

8.Hit Safari
http://hitsafari.com

9.Top Surfer
http://topsurfer.com

10.Web Biz Insider
http://webbizinsider.com

11.Start Xchange
http://www.startxchange.com

12.Advertising Know How
http://www.advertisingknowhow.com

13.Eternal Hits
http://www.eternalhits.com

14.Traffic Soldiers
http://www.trafficsoldiers.com

15.I love Hits
http://www.ilovehits.com

Rahsia Bagaimana Mendapat 30,000 Pelawat Sebulan?

Bayangkan bagaimana jika laman web anda dikunjungi oleh pelawat setiap bulan dan memperolehi $0.20 untuk setiap pelawat yang datang.

Laman web penulis tersebut http://www.virtual-ebiz.com berjaya membawa pendapatan $72,000 tahun lepas dengan 1000 pelawat sehari.

Jika anda ingin dikunjungi oleh trafik yang tinggi ,dia akan cuba kongsikan dengan anda.Jika dilihat pada kos untuk yahoo sahaja sudah $299,itupun belum tentu laman web kita disenaraikan.Di sini dia ceritakan rahsianya:

Overture memulakan revolusi dengan meletakkan laman web pada tempat yang baik dengan mengenakan bayaran melalui “clickthrough”.Beratus-ratus Pay-Per-Click tumbuh seperti cendawan.Free classified ads pula tidak mendatangkan hasil. Manakala free banner juga menemui kegagalan. Free traffic network system pula menghasilkan bukan pelawat yang dikehendaki.Apakah cara yang dia gunakan? Dia biasanya menulis artikel-artikel yang pendek untuk tiap produknya. Biasanya penulis web tersebut hanya mengambil setengah jam untuk menyiapkan artikelnya.Dia biasa nya menggunakan artikel yang sama tetapi ditulis dalam pelbagai format.Ini boleh menjimatkan masa.

Dia bekerja secara smart!

Ia memang betul,dia menulis 500 hingga 1000 perkataan untuk satu-satu artikel.Penulis web tersebut mengambil setengah jam untuk menulis dan membuat promosi dengan 5 cara…..

Buat ezine sendiri bernama “Virtual Tips”
Poskan untuk laman webnya pada injin pencarian.
Hantar artikel kepada lain-lain ezine
Penulis tersebut menawarkan kandungan percuma untuk laman web lain.
Dia kompilkannya dalam bentuk ebook

Penulis ingin mengulang iaitu tulis 500 hingga 1000 perkataan untuk tiap artikel ,ia merupakan iklan percuma yang sangat berkesan.Ia boleh menjadikan kita membina bisnes dengan pelbagai cara. Pada laman “free private member” dia menuliskan lebih terperinci bagaimana menjana 1000 trafik sehari ke laman webnya.

Katanya dia memberi maklumat kerana dia mahu semua orang berjaya dan mereka boleh beritahu kawan mereka tentang cara yang penulis web tersebut gunakan.

Sejauhmana Inbound Links Dan Outgoing Link Menentukan Kejayaan Laman Web Kita?

Bila kita bercakap tentang buat duit melalui internet,tips SEO dan yang berkaitan dengan Inbound link pasti tidak boleh kita lupakan.Inbound link adalah pautan (link) daripada laman web lain yang mengarah kepada laman web kita. Bilangan dan kualiti inbound links merupakan faktor penting dalam menentukan ranking mengikut algoritma Google,Yahoo,MSN Search,Ask dan lain-lain injin pencarian.

Sebenarnya tidak susah untuk kita memahaminya,jika muka surat A berpaut kepada muka surat B Ini bermakna ada suatu “recommendation” daripada muka surat A kepada muka surat B.

Bilangan pautan mungkin boleh dimanipulasi oleh pemilik laman web,yang submit web mereka kepada muka surat atau laman web yang percuma atau laman web dalam kategori yang sama.Injin pencarian mungkin menerima cara ini.

Hari ini,tidak cukup untuk hanya mempunyai banyak incoming link. Kualiti sesuatu pautan juga penting.Contohnya A mempunyai kata kunci yang anda perlukan untuk meningkatkan rank atau topik-topik yang berkaitan dengan blog kita.Jadi pautan pada blog A akan menguntungkan kita.

Apakah Faedah Yang Kita Akan Dapati Daripada inbound link yang baik:

1.Laman web lain akan menghantar pelawat ke laman web kita melalui pautan tersebut.Jika kita mempunyai 600 link mengarah ke arah laman web kita dan tiap-tiap laman web menghantar kepada kita 4 pelawat sehari ,jadi kita akan mendapat 2,400 pelawat tiap hari.

2.Kebanyakan injin pencarian utama menggunakan link popularity untuk melihat rank laman web mereka.Jika laman web kita mempunyai link popularity yang tinggi,kita tidak secara langsung mempunyai mempunyai ranking yang tinggi pada injin pencarian.Jelasnya kita mesti mempunyai inbound link yang baik.

3.Pertukaran pautan reciprocal atau reciprocal links dengan laman web lain juga akan membina direktori pautan yang hebat.Pelawat yang melawat laman web kita akan bookmark web kita dan melawat laman web kita kemudian nanti.Ini kerana kita berjaya menyediakan sumber yang bernilai iaitu :pautan direktori kita.

Sejauhmana Pentingnya Link Tracking?

Kita mungkin tidak tahu apa orang lain fikir,tetapi ramai webmaster mungkin suka mengetahui tentang statistiks.Kita mungkin suka melihat berapa banyak hit pada laman web kita setiap hari.Kita mungkin juga suka melihat berapa ramai yang klik pada ads kita.Ada ramai yang mungkin ingin melihat jualan kita dan dari mana datangnya pembeli bagi produk kita.Tidak kira di mana kita meletakkan iklan di internet,kita perlu track link bagi mengetahui iklan manakah yang berhasil dan mana pula yang gagal. Cara yang paling mudah ialah menggunakan link tracking tool.

Link tracking tracker adalah perkhidmatan yang membolehkan kita menghasilkan track link untuk laman web kita.Tiap kali seseorang klik,link tracker akan merekodkan data untuk kita dan redirect pelawat tersebut ke laman web kita. Bagi menghasilkan tracking baru ,kita hanya perlu submit URL laman web yang kita .Link tracker akan menyediakan URL unik untuk kita promosikan.Dengan log in pada akaun link tracker tiap hari,kita akan mudah melihat hasil iklan kita.

Bila kita membuat splash pages adalah baik kita menggunakan link tracker dengan pautan “Klik Disini”.Ini membolehkan kita menguji splash pages dan melihat yang mana mendapat klik yang banyak. Link tracker adalah baik untuk mengawal pautan affiliate kita dan menyembunyikan URL laman web kita.Ini bermakna pelawat akan hanya ke pautan yang ingin kita promosikan.Jika mereka benar-benar ingin melihat apa yang kita promosikan ,mereka akan klik pautan dan melawat laman web kita.

Kita boleh dapatkan link tracker percuma daripada laman web ini:
ProTrackerPlus(http://www.protrackerplus.com/?rid=1362)

Apakah 4 langkah Kejayaan Affiliate Kita?

Kandungan
Injin pencarian memang menggemari kandungan (content).Kita perlu membuat kandungan yang banyak berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kita. Dengan membangunkan kandungan secara tetap,kita akan dapat mendatangkan pelawat secara berulang,juga berjaya meletakkan kedudukan baik laman web kita pada injin pencarian.

Trafik
Kita sebenarnya memang berkehendak trafik ke laman web kita.Jika hanya kita membina laman web belum tentu kita berjaya mendatangkan pelawat ke laman web kita.Bila kita menghasilkan kandungan yang baru ,trafik juga akan bertambah namun kita tidak perlu terlalu bergantung kepada injin pencarian,banyak pilihan bagaimana pelawat boleh datang ke laman web kita.

Pra Jualan
Bila kita telah mempunyai kandungan(content) dan trafik ,kita perlukan pra jualan untuk produk kita.Jika kita memasarkan produk untuk program affiliate ,jadi adalah penting mewujudkan pra jualan bagi produk kita.Pelawat akan klik dan melihat sales letter kita.Contoh pra jualan yang baik ialah membuat review tentang produk dan butiran penting atau maklumat yang menarik pelawat untuk klik pautan(link) dan sales letter kita.

Monetize
Kita memang ingin membuat duit atau menghasilkan pendapatan tetapi ianya perlu kerja keras.Kita tidak perlu melompat ke sana sini untuk membuat duit.Kita perlu membangunkan kandungan ,menghasikan trafik,membuat pra jualan produk atau perkhidmatan sebelum mendatangkan pendapatan.Mulakan dengan berfikir bagaimana kita hendak membuat jualan melalui internet dan langkah-langkah yang perlu untuk memasarkan produk kita.Jika kita telah mahir dan berkebolehan menjual di internet ,duit pasti akan mudah datang kepada kita.

Benarkah Affiliate Tempatan Boleh Buat Duit?

Sebenarnya mungkin ramai rakan diluar sana sudah biasa buat duit dengan sistem affiliate sama ada dari dalam atau luar negara.Bagi orang macam aku ni belajar buat duit di internet masih baru…Apa yang seronoknya bila dapat emel seperti di bawah:

Sat, 6 March, 2010 16:04:49komisen affiliate bengkelwebsite – Feb 2010
From: Urusetia Add to Contacts
To: *******@yahoo.co.uk

2 Files Download All
armier ridhor 2.htm (3KB); Amier Ridhor2.doc (110KB)

——————————————————————————–

Salam En Armier,

Terima kasih kerana mendaftar sebagai agen affiliate Bengkel Website.

Bersama ini disertakan komisen affiliate bagi bulan Februari 2010 sebanyak RM140.

Bukti bayaran dan invois ada disertakan.

Terima kasih di atas promosi yang telah dibuat!

Perhebatkan promosi anda untuk mendapatkan komisen yang lebih dimasa akan datang.

Harap maaf di atas kesilapan.

Sekian, harap maklum.


Yang benar,

FARIDAH BT. AB. RAHMAN
Pengurus Khidmat Pelanggan.
************************************************************

Group of Companies:

LIVEWEBS NETWORK & TECHNOLOGY SDN BHD (880913-T)
No 47-1, Jalan OP 1/2,
1 Puchong Business Park
47160 Puchong, Selangor, MALAYSIA
Mobile: (+6) 016-2636 101
Office hours: (Monday-Friday: 9am – 5.30pm.)

************************************************************
Web:
>> http://www.BengkelWebsite.com
>> http://www.JomTraining.com
>> http://www.EZGuard.com.my
>> http://www.kelasphp.com

Adakah Google Pagerank Menentukan Kedudukan Yang Baik Pada Injin Pencarian?

Sebenarnya mengikut pakar ,kedudukan pagerank yang baik tidak membawa sebarang erti jika kandungan laman web kita tidak memenuhi kehendak pencarian.Pagerank hanyalah satu daripada banyak faktor yang diambil kira bagi Google menghasilkan keputusan pada injin pencarian.Banyak laman web yang mempunyai pagerank yang rendah tetapi mendapat rank yang tinggi pada injin pencarian.Ini bermakna laman web mereka tetap berada pada kedudukan yang baik pada muka surat pertama hasil pencarian .
Menurut pakar ,pagerank bukan tidak penting tetapi ia bukanlah kuasa mutlak menentukan popularity dan kedudukan laman web kita pada injin pencarian.Pagerank banyak bergantung kepada bilangan inbound link yang ada serta kualiti laman web yang berpaut pada laman web kita.Cadangan daripada pakar-pakar bisnes internet ialah member fokus kepada link yang sedikit tetapi berkualiti.Maksud berkualiti di sini adalah laman web yang mempunyai pagerank yang tinggi.Mungkin ini juga merupakan salah satu sebab laman web ini yang dulunya pagerank 4 jatuh kepada pagerank 3.Kata pakar-pakar tersebut cuba dapatkan pautan daripada:
• Organisasi seperti badan-badan profesional
• Pakar atau direktori yang berfokuskan bisnes
• Direktori luar Negara yang menjalankan bisnes secara international
• University atau laman web kerajaan
Bagaimana dengan inbound link yang dibeli?Google sedang memperhebatkan keupayaan mengesan pautan berbayar ini.Kata pakar,ia tidak akan membantu laman web kita dalam jangka masa panjang.